Skim-skim Jaminan

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1972 bertujuan membantu Perusahaann Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatkan kemudahan kredit dari Institusi Kewangan dengan menggunakan skim-skim jaminan CGC. Skim-skim jaminan ini direkacipta khas bagi memenuhi keperluan PKS dan Institusi Kewangan.

 

Skim-skim jaminan yang terdapat di CGC adalah seperti berikut: 

Skim

Jumlah Pinjaman

Kos

Lindungan Jaminan

Skim Jaminan Laluan Terus (SJLT)

RM50,000 – RM2 juta

Dari 1.0% hingga 1.75% + Kadar Pinjaman Asas (KPA)  setahun

30% - 100%

Skim Jaminan Utama Baru (SJUB)

RM50,000 – RM10 juta

Kadar faedah  ditentukan oleh  Institusi Kewangan

 

i) Tanpa cagaran – 30% hingga  80%

ii) Bercagar – 30% hingga 90% )

Skim Jaminan Perbankan Islam

RM50,000 – RM10 juta

Kadar keuntungan ditentukan oleh  Institusi Kewangan.

 

i) Tanpa cagaran – 30% hingga  80%

 

ii) Bercagar – 30% hingga 90%

Skim Jaminan Anjal (SJA)

i) TIKS2 – sehingga RM3 juta

ii) TUB2 – sehingga RM5 juta

iii) TPPK – sehingga RM1.5 juta

               

i) TIKS2 – 5.0% setahun

ii) TUB2 – 5.0% setahun

iii) TPPK – 5.0% setahun

 

Dari 30% - 80%

Skim Jaminan Ushawan Kecil (SJUK)

RM10,000 – RM50,000

 

1.5% + KPA  setahun

 

i) Bukan Bumiputera - 80%

 

ii) Bumiputera – 80% & 100%

 

 

Klik SINI bagi mengetahui lebih lanjut mengenai skim yang paling sesuai dengan hanya menjawab 3 soalan mudah.

 

Secara amnya, kriteria kelayakan bagi PKS mendapatkan skim jaminan CGC ialah:

 

§         Syarikat mesti dimiliki atau dikawal oleh rakyat Malaysia

§         Perniagaan berdaftar dan berlesen dijalankan di Malaysia

§         Perniagaan yang berdaya maju

 

Permohonan boleh dibuat dengan cara menghubungi mana-mana cawangan CGC yang berdekatan (bagi Skim Jaminan Laluan Terus sahaja). Bagi skim-skim yang lain, sila hubungi pihak bank yang terlibat, di mana mereka akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menilai serta memproses permohonan anda dan memohon jaminan CGC sekiranya perlu.

Untuk maklumat lanjut mengenai skim-skim CGC, kunjungi laman web kami di www.iGuarantee.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03 – 7 88 000 88. 

 

 

 

MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA BERKEMBANG