Kerajaan Tumpu Tingkat Pendapatan 2.4 Juta Isi Rumah
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan mensasar untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah 40 peratus terendah kepada RM2,300 sebulan pada 2015 berbanding hanya RM1,440 sebulan tahun lepas, menurut laporan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Melahirkan Belia Berkebolehan Untuk Menyokong Pembangunan Ekonomi Negara
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Program pembangunan belia di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 adalah untuk melahirkan belia berkebolehan dalam bidang kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan, menurut laporan rancangan pembangunan lima tahun negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Kanak-Kanak Isi Rumah 40 Peratus Terendah Terus Dibela
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kanak-kanak dalam isi rumah 40 peratus terendah akan terus diberi peluang pendidikan saksama dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan kemahiran mereka.
KL Dan Sekitarnya Dijadikan Bandar Raya Bertaraf Dunia
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya atau "Greater KL" akan dijadikan bandar bertaraf dunia yang mempunyai persekitaran memberangsangkan sebagai tempat tinggal, bekerja dan beriadah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan Sasar Gandakan Pendapatan Dari Perkhidmatan Pendidikan Swasta
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan mensasar untuk meningkatkan sumbangan pendidikan swasta sehingga sekali ganda, dari RM7 bilion pada 2008 kepada RM14 bilion pada 2015 dengan menarik 150,000 penuntut tempatan dan antarabangsa melanjutkan pelajaran di negara ini.
Tenaga Kerja Kreatif Teras Ekonomi Berpendapatan Tinggi - Najib
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Tenaga kerja yang berdaya saing, kreatif dan inovatif di peringkat global adalah teras kepada usaha menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malaysia Sasar Lahir 200 Jenama Malaysia Terkenal Peringkat Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melahirkan 200 jenama Malaysia yang dikenali pada peringkat antarabangsa menjelang 2015 merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif khusus membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran eksport.

