Kadar Kemiskinan Berkurangan 3.8 Peratus Tahun Lepas
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kemiskinan keseluruhan menurun daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.8 peratus tahun lepas di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus.
Perbaharui Pasaran Pekerjaan Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan sebagai landasan penting bagi negara berkembang ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, menurut laporan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Memupuk Modal Insan: Kerajaan Akan Lakukan Pembaharuan Komprehensif
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan yang cemerlang diberikan tumpuan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat global dan memacu ekonomi yang diterajui inovasi bagi menjayakan transformasi ke arah negara perpendapatan tinggi.
Program Mengajar Untuk Malaysia Bagi Menarik Siswazah Cemerlang Mengajar Di Luar Bandar
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melancarkan program 'Mengajar untuk Malaysia' yang berprofil tinggi bagi menarik pelajar cemerlang dan terbaik untuk mengajar selama dua tahun di sekolah berprestasi rendah atau di luar bandar.
Pendekatan Baru Perangi Jenayah Di Bawah RMK10
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan bertekad mengurangkan keseluruhan jenayah sekurang-kurangnya lima peratus setahun mulai tahun ini dengan matlamat mencapai pengurangan melebihi 25 peratus menjelang akhir 2015.
Malaysia Sasar Duduki 10 Tangga Teratas Dalam Pendapatan Pelancongan
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia berhasrat memperbaiki kedudukannya supaya menjadi antara 10 negara teratas daripada segi pendapatan melalui sektor pelancongan pada 2015, kata laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Kerajaan Perkenal Daya Saing Dalam Perkhidmatan Awam Di Bawah RMK10
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan persaingan dan mekanisme pasaran dalam perkhidmatan awam di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) untuk bertindak sebagai sebuah syarikat yang kompetitif.

