Kemasukan Sekolah Usia 5 Tahun Libatkan Sejuta Murid - Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Rancangan kerajaan untuk menetapkan lebih ramai kanak-kanak memasuki sekolah pada umur lima tahun akan melibatkan lebih satu juta murid secara keseluruhan berbanding 500,000 ke 600,000 orang pada masa sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mula Sekolah Pada Usia Lima Tahun Langkah Tepat
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pelbagai pihak menyambut baik cadangan kerajaan mengurangkan umur persekolahan formal daripada enam tahun kepada lima tahun pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan menganggap langkah itu tepat dan sesuai dengan peredaran masa.
Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Khamis memberi penekanan untuk mewujudkan persekitaran kondusif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Malaysia Boleh Muncul Antara Lima Negara Paling Berdaya Saing Terkemuka
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia boleh muncul antara lima negara berdaya saing terkemuka di dunia jika usaha keras dan perancangan dilaksanakan, kata ketua pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba.
MITI Tekad Berusaha Capai Pertumbuhan Yang Disasar Dalam RMK-10
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bertekad untuk melakukan transformasi radikal bagi mencapai matlamat pertumbuhan yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Kerajaan Yakin Boleh Capai Pertumbuhan Enam Peratus
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan yakin boleh mencapai pertumbuhan enam peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), dari 2011 hingga 2015.
Najib: Tingkatkan Penyertaan Wanita Dalam Jawatan Tertinggi
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru sektor swasta meningkatkan penyertaan wanita terutamanya dalam jawatan peringkat tertinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota Lembaga Pengarah.

