Safee Sali Mungkin Dilarang Wakili Skuad Negara - AFC
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Penyerang handalan negara Mohd Safee Sali mungkin dilarang daripada mewakili pasukan Malaysia pada masa depan sekiranya dia terus beraksi bersama kelab Pelita Jaya FC dalam Liga Super Indonesia (ISL).
KOM Syor Noraseela Dan Roslinda Dihantar Berlatih Di Luar Negara
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mengesyorkan supaya atlet wanita Noraseela Mohd Khalid dan Roslinda Samsu dihantar ke luar negara bagi menjalani latihan bagi mencerahkan peluang mereka menempah tiket ke Sukan Olimpik London, Julai ini.

Hafiz Optimis Buru Satu Mata Bantu Skuad Piala Thomas
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim optimis untuk memburu satu mata bagi membantu skuad negara melepasi pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau dari 14 hingga 19 Feb ini.
Andrea Guardini Sah Sertai Ltdl Bagi Mempertahankan Jersi Pecut
PETALING JAYA, 3 Feb (Bernama) -- Pertarungan bagi merebut gelaran raja pecut (jersi biru) pada perlumbaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi-17 dijangka sengit apabila Andrea Guardini dari Itali, pemenang jersi biru edisi lepas, mengesahkan penyertaannya semalam.
Koo/Tan Mungkin Dipisahkan Untuk Kelirukan Beregu Korea Selatan
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Gandingan utama beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mungkin dipisahkan sebagai salah satu strategi Malaysia menyekat penguasaan beregu Korea Selatan dalam kempen Kelayakan Piala Thomas di Macau, dari 13 hingga 19 Feb ini.





