Laman Mikro
BERNAMA


Berita Terkini

Umno Akan Minta Pandangan Tengku Razaleigh Untuk Rampas Kelantan

PASIR PUTEH, 4 Feb (Bernama) -- Umno Kelantan akan meminta pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

SPDP Dalam Gear Lima Hadapi Pilihan Raya

SIBU, 4 Feb (Bernama) -- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini berada dalam `gear' lima untuk menghadapi pilihan raya kawasan Parlimen di Sarawak, kata Presidennya Tan Sri William Mawan.

Wanita Umno Johor Minta Pemimpin Parti Tidak Jadi Agen Pembangkang

JOHOR BAHARU, 4 Feb (Bernama) -- Wanita Umno Johor meminta pemimpin-pemimpin parti tidak menjadi agen pembangkang dengan mengiyakan segala pertuduhan tentang Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan tindakan meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya meletakkan jawatan di dalam parti serta kabinet.

Pakatan Pembangkang Tidak Hormat Azizan - Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 4 Feb (Bernama) -- Tindakan pakatan pembangkang mengarahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhenti mengulas isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menunjukkan mereka langsung tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri ini.

Taib Tidak Campur Tangan Isu Kepimpinan Dalam Komponan BN Sarawak

KUCHING, 4 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau ketika ini tidak mahu campur tangan dalam isu kepimpinan yang melanda dua komponen BN di Sarawak iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Gerakan Dr Hasan Beri Kesan Positif Kepada Perpaduan Melayu

TANJUNG KARANG, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mencetuskan gerakan mempertahankan Islam, hak orang Melayu dan institusi raja memberikan kesan positif kepada perpaduan orang Melayu.