Umno Akan Minta Pandangan Tengku Razaleigh Untuk Rampas Kelantan
PASIR PUTEH, 4 Feb (Bernama) -- Umno Kelantan akan meminta pandangan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
SPDP Dalam Gear Lima Hadapi Pilihan Raya
SIBU, 4 Feb (Bernama) -- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini berada dalam `gear' lima untuk menghadapi pilihan raya kawasan Parlimen di Sarawak, kata Presidennya Tan Sri William Mawan.
Wanita Umno Johor Minta Pemimpin Parti Tidak Jadi Ejen Pembangkang
JOHOR BAHARU, 4 Feb (Bernama) -- Wanita Umno Johor meminta pemimpin-pemimpin parti tidak menjadi ejen pembangkang dengan mengiyakan segala pertuduhan tentang Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan tindakan meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya meletakkan jawatan di dalam parti serta kabinet.
Pakatan Pembangkang Tidak Hormat Azizan - Ahmad Bashah
ALOR SETAR, 4 Feb (Bernama) -- Tindakan pakatan pembangkang mengarahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhenti mengulas isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menunjukkan mereka langsung tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri ini.
Taib Tidak Campur Tangan Isu Kepimpinan Dalam Komponan BN Sarawak
KUCHING, 4 Feb (Bernama) -- Ketua Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau ketika ini tidak mahu campur tangan dalam isu kepimpinan yang melanda dua komponen BN di Sarawak iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Gerakan Dr Hasan Beri Kesan Positif Kepada Perpaduan Melayu
TANJUNG KARANG, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mencetuskan gerakan mempertahankan Islam, hak orang Melayu dan institusi raja memberikan kesan positif kepada perpaduan orang Melayu.
Wanita Umno Diminta Beri Tumpuan Kepada Gerak Kerja Pilihan Raya
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim mengingatkan anggota pergerakan itu bahawa mereka mempunyai amanah dan tanggungjawab kepada parti mendahului kepentingan diri sendiri.



