Konsortium Malaysia Bina Jambatan Paima Bernilai RM6.6 Bilion, Kata Samy Vellu
Oleh Prem Kumar Panjamothy
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sebuah konsortium Malaysia akan ditubuhkan untuk melaksana projek jambatan pelbagai guna Padma, bernilai RM6.6 bilion, di Bangladesh selepas kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerajaan-dengan-kerajaan (G2G) menjelang akhir bulan ini.
TNB Bekalkan Kuasa Kepada Bangladesh Melalui Loji Kuasa US$2.5 Bilion, Kata Samy Vellu
Oleh Prem Kumar Panjamothy
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd berminat untuk membangunkan sebuah loji kuasa janaan arang batu bernilai US$2.5 bilion (RM7.525 bilion) di Cox's Bazar, Bangladesh, berdasarkan usaha sama, untuk menampung permintaan bagi kuasa di negara itu.
Pemegang Saham Utama Naim Indah Corp Rancang Lupuskan Saham
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Naim Indah Corporation Bhd Jumaat berkata salah satu pemegang saham utamanya, yang memegang 22.80 peratus saham, sedang berbincang dengan pelbagai pihak bagi tujuan melupuskan sahamnya di dalam syarikat itu.
SSM Umum 7 Feb Tarikh Akhir Serah Simpan Penyata Tahunan Syarikat
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menetapkan 7 Feb 2012 sebagai tarikh akhir untuk serah simpan penyata tahunan dan penyata Kewangan yang berakhir 30 Jun lepas bagi syarikat yang mengadakan Mensyuarat Agung Tahunan (MAT) pada 31 Dis, 2011.
AirAsia Japan Dapat Sijil Pengendali Udara Daripada Biro Penerbangan Awam Jepun
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- AirAsia Bhd Jumaat mengumumkan AirAsia Japan Co Ltd memperoleh sijil pengendali udara daripada Biro Penerbangan Awam Jepun.
Ringgit Cecah 3.0 Berbanding Dolar Jika AS Laksana QE3
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit berkemungkinan meningkat kepada 3.0 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun sekiranya rancangan suntikan mudah tunai (pelonggaran kuantitatif - QE) ketiganya dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini dilaksanakan.
Harga Emas, Minyak Naik Tahun Ini
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global, kata Standard Chartered Bank.





