| Pahang Anugerah 142 Gelaran Datuk Sempena Keputeraan Sultan Pahang |
|
KUANTAN, 23 Okt (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said dan 14 lagi tokoh mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun ke-77 Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini.
Mereka menerima Darjah Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri".
Tujuh orang menerima Darjah Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 25 menerima Darjah Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 95 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
Darjah SIMP, DSAP dan DIMP membawa gelaran "Datuk".
Antara penerima lain bagi darjah SSAP ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr Sulaiman Mahboob; Pengerusi Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Amar Leo Moggie; Pengarah Urusan MAS Datuk Idris Jala; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima Datuk Farid Ridzuan; Pengarah Urusan Telekom Malaysia Berhad Abdul Wahid Omar dan Pengarah Urusan Jurunature Sdn Bhd Muhammad Shafik Baljit Abdullah.
Antara penerima Darjah SIMP ialah Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Datuk Ibrahim Tengku Sulaiman; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah; Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Masood Zainal Abidin; Ketua Pengawai Eksekutif New Straits Times Press Datuk Syed Faizal Albar Syed Ali Albar dan Pengarah Eksekutif MAS Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz.
Bagi penerima darjah DSAP pula antaranya ialah Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Muhammad Safian Ismail; Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Datuk Mat Zara'ai Alias; tujuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang terdiri Datuk Ahmad Munawar Abdul Jalil; Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail; Datuk Ishak Muhammad; Datuk Hoh Khai Mun; Datuk Fong Koong Fuee; Datuk Mohd Soffi Abdul Razak; dan, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin; Ketua Polis Pahang Datuk Ayob Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Datuk Anthony Francis Fernandes.
Antara 95 penerima darjah DIMP pula ialah Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Fatimah Raya Nasron; Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Nor Ashikin Md Salim; Timbalan Ketua Pengarah Rela, Mohamed Asri Yusof; Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang Che Hashim Hassan; Pengarah Penerangan Pahang, Hasnah Hassan; Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Pahang, Mohammad Rumai Puteh Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC 11 Jamshah Mustapa; Ketua Penolong Pengarah (Siasatan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC 11 Lim Char Boo.
Dekan Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Prof Dr Zaleha Kamarudin; Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Berhad Mohd Habib Jamaidin; Pengarah Urusan Dale Lokman Associates Sdn Bhd, Mahadzir Lokman; Timbalan ketua Pengarah Risda, Ali Nordin Wahiduddin; Ketua Pegawai Eksekutif NTV7 Amrin Awaluddin; Pengarah Operasi TV3 Anthony Firdaus Bujang dan Pengarah Urusan akhbar Sinar Harian, Hussamuddin Yaacub.
Sembilan orang menerima Darjah Kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 74 menerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 34 menerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 152 Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP).
Bagi anugerah pingat, seramai 98 menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 71 pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 180 menerima Pingat jasa Kebaktian (PJK).
Penganugerah darjah kebesaran bersempena Ulang Tahun keputeraan itu dijadualkan di Istana Abu Bakar, Pekan pada 3 Nov ini.
-- BERNAMA
|
|
|