Bernama.com
Am 24 Oktober, 2009 00:57 AM
 
Isteri PM Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sabah


KOTA KINABALU, 24 Okt (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mendahului senarai 687 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah ke-63, Sabtu.

Beliau adalah antara lima penerima Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima'.

Empat penerima SPDK lagi ialah Pengerusi Institut Pembangunan Sabah Datuk Clarence Bongkos Malakun, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Presiden Persatuan Pengilang Sabah Datuk Wong Khen Thau dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun pula mengetuai senarai 52 penerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Turut menerima anugerah PGDK ialah isteri bekas Ketua Menteri Sabah, Datin Raya Erom.

Penerima PGDK yang lain ialah Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Datin Jamilah Sulaiman, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Bolkiah Ismail, Anggota Parlimen Tenom Raime Unggi, Anggota Parlimen Kunak Nilwan Kabang, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Herbert Timbon Lagadan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Johnny Mositun, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datin Asnimar Sukardi, Panglima 5 Briged Brig Jen Masrani Paiman, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Micheal Emban dan Pengarah Universiti Teknologi Mara Cawangan Sabah Prof Madya Dr Worran Kabul.

Turut menerima PGDK ialah Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamaruzaman Ahmad, Amri Suratman, Balwant Singh Kler, Dom Ami Hussain, Goh Wak Kheng, Gordon Leong Vui Cheung, Md Idrus Ismail, Kangkawang Panglima Kulang, Dr Jayaram A/L N.S. Menon, John Daukum Polos, Jihek Basanu, Kong Kok Kwah, K. Zainal Abidin A. Jalil, Peter Lee Khun Choi, Misri Barham, Mohd Kamil Kassim, Margaret Fung, Madlis Aziz, Micheal John Steel, Philip Lasimbang, Rohana Mahmood, Henry Tee, Teo Ching Ping, David Wong, Wahid Norbinsha, Aloysius Tan Shu Hing, Chua Ching Wah, Hiew Syn Kiong, Khalid Mohamad, Lai Kim Loi, Lee Nyuk Kheng, Leong Den Choi, Pang Ah Foh, Yap Yun Fook, Datin Noami Chong, Ag Buhtaman Ag Mahmun, Lu Chu Kwong, Dr Allan Mathews, Abu Bakar Yahya dan Hamzah Zakaria.

Pada tahun ini, seramai 13 orang menerima Jaksa Pendamai iaitu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Dr Oh Ei Sun, Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Au Kam Wah, Ketua Penerangan Umno Penampang Noraini Idris, Chew Kok Woh, Isaac Pang Su Kiun, Datuk Ir. John Chee Shi Tong, Mohd Hafarizam Harun, Prof Khairil Jusoh, Pg Saifudin Pg Tahir, Robert Munang, Datuk Tang Yung Hui, Alexandra Chin dan Datuk Richard Koh Kin Lip.

Sementara itu, seramai 64 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Pang Yuk Ming, ADUN Kuamut Masiung Banah, ADUN Matunggong Sarapin Magana, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah Afeiza Khan, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah Zainudin Aman dan Ketua Umno Beluran James Ratip.

Beberapa pengamal media turut menerima anugerah Ahli Darjah Kinabalu (ADK), antaranya Ketua Biro Bernama Newmond Tibin, Pengawal Sabah V FM Parini Powiro dan Jurufoto Ketua Menteri Sabah Asmat Yahya.

Pengamal media yang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK) ialah pegawai Penerangan Ukim Buandi.

Seramai 105 orang menerima ADK, 158 penerima BSK, 218 penerima Bintang Kinabalu dan 72 orang menerima Sijil Kehormat.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels