Bernama.com
Am 20 Mei, 2008 14:35 PM
 
Dua Kem Motivasi Pada Musim Cuti Sekolah Untuk Bentuk Remaja Cemerlang


KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sebuah pusat pengajian Al-Quran akan menganjurkan dua kem motivasi pada musim cuti sekolah mulai hujung minggu ini, khusus bagi membentuk golongan remaja yang cemerlang dan berperibadi mulia berlandaskan ajaran Islam.

Pengerusi Pusat Pengajian Al Quran Sistem Individu, Zaid Muhammad Mohd Rais berkata "Kem Smart Solat & Motivasi Anak Soleh" dan "Kem Smart Study & Motivasi Anak Soleh" itu akan diadakan serentak pada 24 hingga 26 Mei, 31 Mei hingga 2 Jun dan 6 hingga 8 Jun di Lembah Azwen Resort, Batu 14, Hulu Selangor.

"Program kem smart solat memberi penekanan kepada aspek kerohanian dengan memperkasakan ibadah solat secara intensif teori dan praktikal, pembinaan insan melalui slot motivasi anak soleh serta pengukuhan fizikal dan minda," menurutnya dalam satu kenyataan hari Selasa.

Menurutnya pengendalian aktiviti dalam kem dilaksanakan dalam kumpulan kecil dengan nisbah seorang pemudahcara untuk setiap lapan peserta, bagi membolehkan para peserta mendapat lebih tumpuan daripada pemudahcara disamping memberi kesan dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Zaid berkata ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka mengikuti kedua-dua kem itu boleh menelefon 019-2202327/012-9883817 atau 03-55432520, serta melayari laman web www.pupaqsi.edu.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels