Bernama.com
Am 30 Mac, 2008 13:07 PM
 
Panglima Tentera Laut Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Kelantan


KOTA BAHARU, 30 Mac (Bernama) -- Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali mendahului senarai 691 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang ke-58 hari Ahad. Ramlan menerima darjah kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Dua lagi penerima SPKK ialah Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Ismail dan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohd Amdan Kurish.

Sempena ulang tahun keputeraan baginda itu, Sultan Kelantan berkenan menganugerahkan darjah kebesaran kepada 35 penerima yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk tiga penerima SPKK itu.

Mereka ialah Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Datuk Shkori Mohamed, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Dr Zulkurnain Awang yang menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).

Duta Besar/Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hamidon Ali pula satu-satunya penerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).

Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Development Sdn Bhd, Datuk Tan Huat @ Tan Liang Chong menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) manakala ahli perniagaan Datuk Chai Kin Loong menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).

Dua penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Pengarah Eksekutif Kanan Perladangan Felda Plantations Sdn Bhd, Md Tahir Mohammed dan Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd, Razali Daud.

Dua penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) ialah Pemangku Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Bahagian Perkhidmatan Anggota ATM, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim dan Asisten Ketua Staf Perancangan Dan Pembangunan Markas Tentera Udara, Brigedier Jeneral Datuk Che Yahaya Idris.

Selain itu, dua penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) ialah Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral Abdul Hadi Hussin dan Asisten Ketua Staf/Tentera Markas Tentera Darat, Brigadier Jeneral Khamsan Ngari.

Seramai 12 orang menerima darjah kebesaran Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK).

Mereka ialah Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Abdul Hadi Awang Kechil, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Polis Bukit Aman, SAC I Dr Ab Rahman Ismail, Duta Besar Malaysia ke Algeria, Badruddin Ab Rahman, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Jabatan Kerja Raya Ir Che Mat Che Wanik, Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan, Kamaruddin Awang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Ismail Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mahadi Md Ali.

Pengarah Eksekutif Bank Dunia Mat Aron Deraman, Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kewangan, Mohamed Stapa, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Profesor/Dekan Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Wan Md Zin Wan Yunus.

Lapan penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) pula ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Ibupejabat Polis Bukit Aman, SAC I Ahmad Ibrahim, Setiausaha Polis Ibupejabat Polis Bukit Aman, SAC II Azian Yahya, bekas Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Che Jamil Ahmad.

Timbalan Akauntan Negara (Operasi) Jabatan Akauntan Negara, Jamaluddin Abu Samah, Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Kelantan, Ir Lim Chow Hock, Duta Besar Malaysia ke Vietnam Lim Kim Eng, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Prof Dr Mohd Noh Dalimin@Dolimin dan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Ibupejabat Polis Bukit Aman, SAC II Roslan Ahmad.

Sultan Kelantan turut berkenan menganugerahkan Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK) kepada enam penerima dan 38 penerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK).

Sementara itu, seramai 65 penerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK), 92 penerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang( ASK) dan 41 penerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK).

Bintang Seri Kelantan (SK) (63 penerima), Bintang Ahli Kelantan (AK) (89 penerima), Pingat Bakti (PB) (58 penerima), Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) (79 penerima), Pingat Taat (PT) (73 penerima), Pingat Perangai Baik (PPB) (40 penerima), Surat Kepujian (lima penerima) dan Jaksa Pendamai (JP) (tujuh penerima).

Pengurniaan darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan jaksa pendamai akan diadakan dalam majlis berasingan iaitu pada 14 April dan 17 April ini di Istana Balai Besar, di sini.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels