Bernama.com
Am 21 Februari, 2008 23:48 PM
 
SPR Sedia Perkhidmatan SMS Semak Tempat Mengundi


KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Orang ramai kini boleh menyemak butir diri masing-masing untuk urusan pengundian menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata SPR telah melantik lima syarikat pengendali SMS untuk memudahkan orang ramai memeriksa maklumat diri masing-masing.

"Untuk menghantar SMS, orang ramai hanya perlu menaip SPRno kad pengenalan dan hantar kepada tujuh nombor penyedia khidmat SMS seperti berikut: 33626, 33333, 39988, 29777, 36677, 32232 atau 39111," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya orang ramai berpeluang menyemak bahagian pilihan raya Parlimen atau negeri tempat seseorang itu hendak mengundi, nama pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan juga nombor siri pengundi.

Perkhidmatan SMS itu, yang akan bermula esok sehingga 8 Mac ini, akan dikenakan bayaran 50 sen setiap satu.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels