Bernama.com
Am 27 Oktober, 2007 00:24 AM
 
Isteri TYT Dahului Senarai 600 Penerima Darjah Kebesaran Sabah


KOTA KINABALU, 27 Okt (Bernama) -- Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar mendahului senarai 600 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena ulang tahun ke-61 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah hari Sabtu.

Beliau adalah antara enam penerima Darjah Kebesaran "Seri Panglima Darjah Kinabalu" (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Lima lagi penerima SPDK ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara, Datuk Mohd Annuar Zaini, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, Naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Metah Michael Asang, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Ahmad Said Hamdan dan ahli perniagaan Datuk Goh Kian Guan.

Seramai 46 pula dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran "Datuk".

Mereka ialah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Ahmad Zaki Zahid, anggota Parlimen Pensiangan Bernard Maraat, Anggota Dewan Undangan (ADUN) Batu Sapi Edmond Chong Ket Wah, Anggota Parlimen Sepanggar, Eric Enchin Majimbun, Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Samsuddin Yahya, Maznah Abdul Ghani, Abdul Rahim A.S Musally, Ajas Ahmad Nabijan, Ambrose J. Juin, Anjin Ajik, Panglima Lima Briged Lok Kawi, Kota Kinabalu, Brigadier Jeneral Baharom Hamzah, Baisul Khan Salman Faris, Dr Beatrice Betch Baikan, Chan Boon Siew, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Dr Chua Kim Hing, Eng Thiam Leong, Ghani Yassin, Guan Suan Wah, Hamidah Yusof, Harman Mohamad dan Hashim Lim Abdullah.

Turut menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran "Datuk" ialah Ibrahim Abdullah, Ibrahim Saad, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Ismail Wadin, Jalaluddin Alias, John Ambrose, John Sikayun atau John Anselmus, Kong Sing Chu, Light Light) Nanis, Dr Mohd Fowzi Razi, Mohd Shukri Abdull, Pengarah Kastam Diraja Sabah, Mohd Yusop Mansor dan Mahemad Amin Azizurahman@Amin Khan.

Penerima PGDK yang lain ialah Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Osman Jamal, Patrick @ Mahedi Andau, Peter Lim Siong Eng, Dr Rahamat Bivi Yusoff, Sia Hiong Lay, Tham Nyuk Leong, Dr Ting Ing Chiew, Michael Ting Sie Ping, Lt Kol (B) Wahiruddin Abdul Wahid, Wong Siew Guen @ Nirah Wong dan Yap Yiw Sin.

Sementara itu, seramai 60 orang pula menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), mereka ialah anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru Edward Yong Oui Fah, Abd Aziz Abdul Latif, Abd Halim Mohammad, Abd Rashid Maamun, Abdul Rahman Atang, Ahmad Shukur Idrus, Ahmad Shah Mohd Talip, Alfred Midoli Lojitan, Ang Chai Fah dan Anthony Chong Linggian @ Chong Yuk Ken.

Turut menerima ASDK ialah Abdolah Amat, Ashakari Abu Noor, Balwant Singh Gill, Basinau Ansior, Benny Quek Yi Than, Bernadette Wong Mui Lee, Charles Ayub Tabad, Chiu Nget Ngo, Darus Nasir, Datu Indal Datu Ismail, Dayang Norah Awang, Francis Goh, Frederick Moosom, Fu Sui Yock, Gan Baby, Harris Anuar Tan dan ACP Izhar Ibrahim.

Turut menerima ASDK ialah Jaikol Gubal, Jais Sarday, Jamal Norubit, Junaidi Abdul Rahman, Lim Cheng Ling, Lim Hooi Kiang, Mah Sui Yin @ Helan, Mahmood Kalong, Mayong Omar, Supt Md Zainal Rahmat, Md Zanul Rashid Junuh, Lt Kol Mohamad Sediqi Wahab, Mohd Tahir Mohd Soon, Mokran Ingkat, Muniandy Kalimuthu, Muskimin Abdul Mukti, Napaan Rabeka, Paul Thien Vui Ken, Paulinus Mojiun, Pung Yee Kiong, Ramli Sulaiman, Rosalind Chew Bee Koh, Shaheadan Ayob Shah, Soo Shu Kiong, Tan Ken Yee, Tungking @ Amirsah Kantiong, Ujit Ijar, Vincent Lee Yung Soon, Ibrahim Katop, Yahya Mat Ghani, Yee Sing Kee, Zainol Padzi Paharudin dan Zakaria O. T. Sulaiman.

Pada tahun ini, seramai 12 orang menerima Jaksa Pendamai iaitu Anggota Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Voo Kon Min @ Voo Thien Fui, Adenan Mohd Yussuf, Daniel Kinsik, Datu Liman Datu Hussin, David Tiongin Lumbok, Donald Peter Mojuntin, Gordon Leong Vui Cheung, Jimmy Wong Chee Khiong, Linton Paul, Dr Mohd Ariff Hassan dan Peter Govind @ Mohd Farid Abdullah.

Seramai 97 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu, 128 penerima Bintang Setia Kinabalu, 187 penerima Bintang Kinabalu dan 64 orang menerima Sijil Kehormat.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels