Bernama.com
Am 13 Oktober, 2007 00:20 AM
 
Najib Ketuai Senarai Penerima Anugerah Kebesaran Negeri Melaka


MELAKA, 13 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetuai senarai 1,183 penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-69 hari Sabtu

Najib dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, dan turut menerima anugerah sama ialah isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim.

Seramai tiga Menteri Kabinet dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid.

Majlis penganugerahan kepada semua penerima akan diadakan pada 27 dan 29 Oktober ini di Seri Negeri, Ayer Keroh, kecuali penganugerahan kepada Najib yang akan dibuat pada majlis berasingan di tempat dan pada masa yang akan ditetapkan kemudian, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Ismail Saleh di sini.

Seramai lima orang dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira iaitu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Melaka, Datuk Hamdin Abdollah, Naib Pengerusi Veteran Umno Datuk Jaafar Hamzah, Naib Presiden Kanan Tenaga Nasional Berhad Datuk Md Sidek Ahmad dan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Mohtarudin Baki.

Pada tahun ini, seramai 85 orang dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk, satu penambahan 16 orang, berbanding dengan 69 orang pada tahun lepas.

Penerima DMSM itu ialah Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia Aashad @ Arsad Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Ab Ghaffar Tambi, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Abdul Aziz Ismail, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Abdul Halim Sidek, Hakim Mahkamah Rayuan Syarie Abu Bakar Ahmad, Penasihat Projek Pertanian Yayasan Melaka Abu Hassan Mamat, Pengurus Besar Syarikat Perumahan Negara Berhad Ahmad Azizi Ali, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka Akbar Ali.

Pengarah Bahagian Bangunan Jabatan Kerja Raya Ir Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Ketua Bahagian Jabatan Peguam Negara Azailiza Mohd Ahad, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Telekom Malaysia Berhad Bazlan Osman, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Dr Daud Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Fatimah Raya Nasron, Pengarah Bahagian Penyertaan Bumiputera Jabatan Ketua Menteri Melaka Hasnoor Sidang Husin, Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Idros Mohamad, Penasihat Pembangunan Belia Perak Idris Hashim, Pengerusi Gerakan Belia 4B Kelantan Inche Zainal Abidin Inche Wil.

Pakar Pembedahan Plastik Damansara Specialist Centre Dr Isa Omar, Pengarah Pembangunan Penjara Malaysia Jamil Salleh, Bekas Pegawai Daerah Melaka Tengah Khamis Idris, Pakar Optical Hospital Putera, Dr Khoo Kim Eng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan dan Alam Sekitar negeri Melaka Koh Nai Kwong, Ketua MCA Lembah Pantai Dr Lim Chee Shin, Pengarah Bahagian Perancangan Jalan Jabatan Kerja Raya Md Amir Kasim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tun Abdul Razak, Md Zabid Abdul Rashid, Presiden Majlis Persatuan Ibu Bapa dan Guru Malaysia Mohamad Ali Hasan, Penasihat Pembangunan Negeri Perak Mohamad bin Hashim, Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Roslan Sakiman.

Pengurus Besar Bank Rakyat Mohamed Arsad Sehan, Pemimpin Masyarakat Bahagian Serdang Mohd Fathil Daud, Pengerusi MCA Pagoh Mong Kwang Liang, SAC 1 Muhammad Fuad Talib dari Bukit Aman, Setiausaha Kerja Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Nazari Adzim, Pengarah Direktorat Pelaksanaan Negara Jabatan Perdana Menteri Noor Azlan Ghazali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Nor Azmal Mohd Nazir, Senator Nor Hayati Onn (Selangor), Bendahari MCA Bukit Katil Ong Teng Chai, Pegawai Kanan Perhubungan Awam Kepada Timbalan Perdana Menteri, Poziah Abdul Rahman.

Pengarah Kanan Suruhanjaya Sekuriti Ranjit Singh a/l Ajit Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Rebecca Fatma Sta Maria, Pensyarah Universiti Malaya Roziah Omar, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sabran Napiah, Ketua Penerangan MIC M. Saravanan, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Permodalan Felda Berhad Sarchu Sawal, doktor pakar Hospital Batu Pahat Dr R. Selvam, peguam Sucha Singh @ Gurmej Singh, Panglima 10 Briged Para Brig. Jen. Suhaimi Mohd Zaki, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Properties Syed Mohamed Syed Ibrahim, Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional Tajuddin Atan, Timbalan Presiden St John Ambulans Melaka Dr Tang Kam Yuen, Timbalan Pengerusi Jonker Walk Wong Kwai Hua. Pegawai Pemerintah Hospital Angkatan Tentera Brig. Jen. Dr Ya'akob Koming, Rektor Universiti Teknologi Petronas Dr Zainal Abidin Kasim, Pengarah Cawangan Perisikan Agensi Maritim Malaysia Zainal Abidin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Zainal Hussin, Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia Zaleha Hussin, Pengerusi Biro Penasihat Sarawak Progresif Development Party, Wong Ching Weoh, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Principal Aset Management Sdn Bhd Noripah Kamso.

Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri turut dianugerahkan DMSM iaitu Abd Wahab Ab Latip (Rembia, Melaka), Abdul Aziz Sapian (Nusa Jaya, Johor), Abd Aziz Abd Ghani (Lendu, Melaka), Arif Shah Omar Shah (Seberang Jaya, Penang), Kamarudin Md Nor (Semerak, Kelantan), Maulizan Bujang (Tiram, Johor), Mohd Hidhir Abu Hasan (Merlimau, Melaka), Rosli Husin (Trong, Perak), Seet Har Cheow (Klebang, Melaka), Za'abar Mohd Adib (Rantau Abang, Terengganu).

Ahli perniagaan yang dianugerah DMSM ialah Ahmad Jamal Jamil, Ayob Mohd Wahi, Ayob Yaakub, Dr Azami Said, Chee Hong Leong, Eric Lim Boon Eng, Giles Bien Chia Hsui, Hoe Tze Fook, Lim Hock Seong, Liw Jun Wai, Looh Chai Boon, Low Siak Wei, Mohd Haniff Koslan, Razhi Yahaya, Kol (B) Dr Rosdi Husin, Victor Toh Yu Huat dan Zamani Tambi Chek.

Sementara itu, seramai 65 orang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran Datuk diikuti Jaksa Pendamai (JP) 37 orang, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) 149 orang, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) 212 orang, Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) 410 orang, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) 160 orang, Pingat Khidmat Lama (PKL) 55 orang.

Seramai lima wartawan dianugerahkan PJK iaitu Ketua Biro Bernama Melaka Mohamad Bakri Darus, Ketua Biro Harian Metro Wilayah Tengah Yusri Abdul Malek, Ketua Biro NST Melaka Jason Gerald, wartawan Malaysia Nanban R.Malini, wartawan Oriental Daily Melaka Ong Mei Yen dan wartawan Melaka Hari Ini, Azhar Yusof manakala wartawan Harian Metro Melaka Masni Ros Pakir Mohamad (BKT).

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels