| Pindah Milik Hartanah Atas Dasar Kasih Sayang Dikecualikan Duti Setem |
|
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan surat cara pindah milik hartanah antara suami dan isteri atas dasar kasih sayang dikecualikan daripada duti setem.
"Cadangan ini berkuatkuasa 8 Sept, 2007," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menteri kewangan ketika membentangkan Bajet 2008 di Parlimen hari ini.
Pada masa ini, untuk nilai hartanah RM100,000 yang pertama, RM1.00 kadar duti untuk setiap RM100 atau sebahagian daripadanya akan dicaj; nilai hartanah antara RM100,000 dan RM500,000, RM2.00 kadar duti untuk setiap RM100 atau sebahagian daripadanya akan dicaj dan, RM3.00 kadar duti untuk setiap RM100 atau sebahagian daripadanya akan dicajkan untuk hartanah bernilai lebih RM500,000,
Bagi pindah milik hartanah antara suami dan isteri atas dasar kasih sayang, ia diberikan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
-- BERNAMA
|
|
|