Bernama.com
Ekonomi 22 Disember, 2006 19:54 PM
 
IKS Mohon Bantuan Kerajaan Mengenai Caj Baru Pengangkutan


KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Pusat Perundingan IKS Negara (NASMIC) menyeru jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan supaya memeriksa peningkatan harga dalam bayaran pengangkutan kontena 20 kaki tahun depan oleh persatuan-persatuan pengangkutan.

Naib presiden kebangsaannya Yee Poh Tak berkata NASMIC meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengkaji perkara itu dengan serius.

"Kami menyokong dengan kuat seruan oleh sebahagian besar anggota dan Persatuan IKS Malaysia membantah terhadap kenaikan harga bagi bayaran kontena," katanya pada persidangan akhbar mengenai "Bantahan Terhadap Peningkatan Kadar Pengangkutan" di sini hari Jumaat.

Tak berkata beliau juga akan menghantar surat kepada semua dewan perdagangan untuk mendapatkan sokongan daripada mereka.

Persatuan Pengangkut-pengangkut Kontena Malaysia (CHAM) dan Persatuan Pengangkut-pengangkut Malaysia (AMH) bulan lalu mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Jan, 2007 Tarif Pengangkutan barunya akan mencerminkan hanya satu kadar kotak tunggal.

Ini bermakna semua bayaran pengangkutan akan dikira berasaskan kepada kadar bayaran 40 kaki semasa tanpa mengira saiz kontena sama ada kontena 20 kaki atau kontena 40 kaki.

Persatuan-persatuan berkenaan telah menyatakan bahawa struktur harga semasa bagi kontena 20 kaki ketinggalan masa dan tidak lagi mencerminkan atau membolehkan perolehan semula kos operasi sebenar mereka.

Bagaimanapun, Tak berkata bayaran-bayaran baru itu sebenarnya menjejaskan IKS dan PKS terutamanya peniaga-peniaga kecil kerana kos operasi mereka akan meningkat dengan langsung.

"Peniaga-peniaga itu telah mengorbankan margin keuntungan mereka dan sesetengah daripada mereka berjalan dalam satu angka," katanya.

Ini akan meletakkan para peniaga dalam kedudukan amat sukar terutamanya untuk meneruskan hidup dan bersaing dengan konglomerat dari seberang laut.

"Sebenarnya, IKS-IKS ini mengeksport dan tambahan itu akan menjejaskan ekonomi negara dan sekali lagi kami memohon bantuan kerajaan supaya menyelesaikan isu ini," tambah beliau.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels