Bernama.com
Am 06 Ogos, 2006 17:11 PM
 
Anak Seniman A.R. Tompel, Armali Aman Ramli Meninggal Dunia


TAMPIN, 6 Ogos (Bernama) -- Anak tunggal seniman A.R. Tompel dan biduanita Saloma, Armali Aman Ramli, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Belang, di sini.

Pemuzik bebas itu berumur 53 tahun.

Menurut isteri ketiga Allahyarham, Melor Muhammad, 56, Allahyarham mengejutkannya pada kira-kira pukul 2.30 pagi kerana mengadu sakit dada.

"Lepas itu dia kata dia hendak pergi ke hospital tetapi tidak lama lepas itu, saya tengok dia terbaring di ruang tamu berpeluh-peluh dan mendapati sudah tidak bernafas lagi pada kira-kira pukul 2.45 pagi," katanya.

Bersama Melor, Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki iaitu Mohd Elfiriduan, 10, dan Mohd Aieman Haikal, 5.

Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dua kali dan mendapat dua anak lelaki berumur 29 tahun dan 24 tahun.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Belang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi.

-- BERNAMA
Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels