Bernama.com
Am 16 Julai, 2006 19:46 PM
 
Status Permohonan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Diketahui Esok


PUTRAJAYA, 16 Julai (Bernama) -- Status keputusan rayuan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2006/2007, boleh disemak mulai esok.

Jabatan Pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan di sini berkata keputusan itu boleh disemak menerusi tiga laman web utama - http://www.jpt.uum.edu.my, http://www.jpt.utm.my dan http://mohe.gov.my, mulai 8.30 pagi.

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke IPTA juga boleh dibuat dengan menelefon talian hotline Jabatan di 03-88836858 dan talian bantuan di 03-88835848.

Menurut kenyataan itu, calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran ke IPTA masing-masing dengan melayari 18 alamat laman web IPTA-IPTA seluruh negara yang menawarkan program pengajian berkaitan.

Surat tawaran yang dicetak dari laman web itu boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran di IPTA sementara surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA berkaitan kepada pelajar semasa pendaftaran.

Laman web berkenaan ialah http://kemasukan.um.edu.my, http://fax.reg.usm.my/pknp/tawaran06.asp, http://www.ukm.my/tawaran, http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran, http://www.jpt.utm.my dan http://www.uum.edu.my/kemasukan/tawaran.htm.

Laman web lain ialah http://www.unimas.my/kemasukan, http://www.ums.edu.my/kemasukan/tawaran.html, http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran.htm, http://istudent.uitm.my/kemasukan/tawaran.asp, http://itdportal.iiu.edu.my/anr/online.html dan http://www.kustem.edu.my/kemasukan/tawaran/php.

Laman web lain ialah http://www.kuim.edu.my/kemasukan/tawaran, http://kuittho.edu.my/tawaran, http://www.kutkm.edu.my/kemasukan/tawaran, http://www.kuktem.edu.my/kemasukan/tawaran, http://www.kukum.edu.my/kemasukan/tawaran.html, dan http://www.udm.edu.my/tawaran.

Jabatan itu berkata keputusan pemilihan adalah berdasarkan kepada meritokrasi dengan mengguna pakai merit yang meliputi 80 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum serta kekosongan tempat yang wujud selepas pendaftaran pelajar baru sesi 2006/2007, 2 Julai lepas.

Menurutnya antara faktor penentuan pemilihan ialah berdasarkan susunan markah merit, pilihan program pengajian, pilihan IPTA dan bilangan tempat.

-- BERNAMA


Copyright 2014 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels