English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sarawak
Ketua Menteri Sarawak

Berita Sarawak

August 16, 2012 18:23 PM

Cadangan Pelajar Bawa Alat Komunikasi Ke Sekolah Akan Diketahui Akhir Tahun Ini - Wee

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan akan diputuskan menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pandangan daripada semua pihak berkepentingan akan diambil kira sebelum keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan tersebut.

Sebelum ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional tidak merestui cadangan Kementerian Pelajaran itu atas alasan ia membawa lebih banyak keburukan terutama dari segi tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.

Wee berkata cadangan itu adalah selari dengan perkembangan semasa serta garis panduan akan ditetapkan bagi mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelak ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bantuan tahunan sebanyak RM11.2 juta kepada 165 buah sekolah jenis kebangsaan (SJK) bantuan kerajaan dan sekolah mubaligh aliran Cina di sini pada Khamis.

Wee juga berkata kementerian akan memperbaiki bangunan sekolah SJK yang usang di Sarawak termasuk menggantikan struktur bumbung, perabot serta menambah kapasiti bilangan murid.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel