English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

August 15, 2012 11:34 AM

RCI Bukti Ketelusan Najib Tangani Masalah Pendatang Di Sabah, Kata Golongan Profesional

KOTA KINABALU, 15 Ogos (Bernama) -- Golongan profesional di Sabah melihat penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagai bukti ketelusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah yang tidak berkesudahan.

Lulusan undang-undang Universiti Malaya Salman Nurillah berkata penubuhan RCI itu bakal melenyapkan persepsi masyarakat tentang ketidaktelusan perjalanan pilihan raya di Sabah yang selama ini kononnya dipenuhi pengundi hantu atau yang tidak layak.

"Ia juga akan memberi kredit kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sebenarnya tidak pernah mengabaikan keinginan masyarakat yang merasa kerajaan tidak berbuat sesuatu dengan pengundi hantu dan kerakyatan songsang," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Salman yang juga ahli perniagaan dari Merotai, Tawau berkata sekiranya dapatan dan syor RCI itu diterimapakai oleh kerajaan, maka tuduhan tentang penipuan dalam pilihan raya umum tidak lagi timbul.

Ahli akademik Program Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr P. Balakrishnan pula berkata penubuhan RCI itu akan membolehkan ahli panel RCI mendokumentasikan dapatan mereka dan seterusnya mengemukakan satu mekanisme dan syor yang sesuai kepada kerajaan.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel