English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

August 09, 2012 14:49 PM

Jangan Perkecil RCI Pendatang Tanpa Izin Sabah, Kata Masidi

KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Rakyat di negara ini digesa agar tidak memperkecilkan kredibiliti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuh bagi meneliti isu pendatang tanpa izin di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata rakyat sepatutnya memberi peluang kepada RCI melaksanakan tanggungjawabnya.

"...kalau tidak, permintaan kita untuk RCI ini jadi usaha yang sia-sia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa kementeriannya, di sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata beliau akan mengumumkan perincian RCI apabila melawat Sabah hujung minggu ini.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel