|
|
Berita Timur
Pahang Sambut Baik Penubuhan Jawatankuasa Kaji Royalti Minyak
BENTONG, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang menyambut baik penubuhan Jawatanakuasa khas bagi mengkaji bayaran hasil petroleum bagi negeri-negeri di Pantai Timur.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata penubuhan jawatankuasa tersebut sekaligus boleh menyelesaikan segala masalah dan kontroversi yang selalu ditimbulkan kerajaan Kelantan.
"Kita perlu beri peluang dan masa bagi jawatanakuasa tersebut membuat kajian agar hasrat murni kerajaan pusat itu diterima dengan baik.
"Saya akan menghadap Sultan Pahang dalam tempoh terdekat bagi melantik wakil daripada kerajaan negeri untuk menganggotai jawatankuasa tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas mengenai penubuhan jawatankuasa itu yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad turut dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara dan wakil daripada tiga kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
-- BERNAMA
|
|
|
|