|
|
Berita Timur
Pahang Peruntuk RM80 Juta Tingkat Keupayaan Bekalan Air Di Jengka
MARAN, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan Pahang memperuntukkan RM80 juta bagi meningkatkan keupayaan pembekalan air kepada 35,000 penduduk sekitar Jengka tahun ini.
Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamad Said berkata peruntukan itu meliputi penggantian paip lama serta pembinaan loji rawatan baharu, selain meningkatkan keupayaan loji sedia ada.
Langkah itu diharap dapat mengatasi masalah bekalan air di Jengka yang berpunca daripada paip bocor atau pecah, katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.
Ismail berkara gangguan bekalan di kawasan terbabit juga berpunca masalah bekalan tenaga elektrik ke loji utama Batu Sawar iaitu pembekal air terbesar penduduk Jengka.
Gangguan bekalan elektrik menyebabkan pam di loji berkenaan tidak dapat beroperasi secara efisien, katanya.
-- BERNAMA
|
|
|
|