|
|
Berita Selatan
Iskandar Malaysia Tarik Pelaburan RM10.67 Bilion Dalam Enam Bulan Pertama 2012
JOHOR BAHARU, 23 Julai (Bernama) -- Iskandar Malaysia telah berjaya mendapatkan RM10.67 bilion pelaburan komited baharu sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Ketua pegawai eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk berkata semenjak penubuhannya pada 2006 dan sehingga akhir Jun tahun ini, jumlah pelaburan komited mencecah RM95.45 bilion dalam pelbagai sektor.
"Empat puluh tiga peratus daripada pelaburan komited telahpun dilaksanakan.
"Pelaburan dalam negara meliputi 62 peratus (RM58.95 bilion) daripada jumlah keseluruhan pelaburan sebanyak RM95.45 bilion, sementara baki 38 peratus (RM36.50 bilion) adalah dari luar negara.
"Pelaburan utama setakat ini diwakili oleh Asia (42 peratus), Eropah (40 peratus) dan Timur Tengah (14 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail berkata semenjak 2006, sektor perkilangan di Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited kumulatif sebanyak RM32.71 bilion, sementara sektor harta merekodkan RM29.80 bilion.
Pelaburan dalam sektor lain adalah utiliti(RM9.52 bilion), kerajaan (RM7.31 bilion), petrokimia (RM5.10 bilion), pelabuhan dan logistik (RM3.74 bilion), pelancongan (RM2.03 bilion), pelajaran (RM1.55 bilion) dan penjagaan kesihatan (RM1.60 bilion).
-- BERNAMA
|
|
|
|