English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

July 12, 2012 22:13 PM

BN Kaji Teruskan Beri Air Percuma Di Selangor - Noh Omar

SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula negeri itu tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan berbeza demi kepentingan rakyat.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata jika dasar itu dilaksanakan, ia akan dibuat dengan lebih menyeluruh termasuk menambah bilangan meter padu air percuma dan memastikan seluruh rakyat Selangor menikmatinya.

"Kalau sekarang dia (pembangkang) beri air percuma tetapi tidak semua rakyat dapat. Beratus ribu rumah yang mempunyai meter pukal tidak dapat faedah ini dan adakah orang kaya pun nak dapat juga air percuma ini.

"Apa juga dasar dibuat untuk kebaikan rakyat kita kena teruskan tetapi selesaikan dulu masalah meter pukal terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), di sini Khamis.

Beliau berkata BN tidak boleh membuat dasar yang hanya menguntungkan segelintir rakyat dan tidak memberi makna kepada orang yang tidak memerlukan seperti golongan kaya.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel