English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

June 29, 2012 20:51 PM

Hospital Penawar Saman KOJ RM115.6 Juta

JOHOR BAHARU, 29 Jun (Bernama) -- Hospital Penawar Sdn Bhd telah menfailkan saman terhadap Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang didakwa melanggar satu perjanjian usaha sama dengan membina sebuah hospital lain dalam lingkungan satu kilometer dari hospital itu.

Writ saman dan penyataan tuntutan difailkan pada 15 Mei lepas di Mahkamah Tinggi Johor Baharu oleh Pengerusi Hospital Penawar Dr Mohd Adnan Sulaiman dan Pengarah Urusannya, Azizan Sulaiman.

Peguam Muhammad Adam Abdullah, yang mewakili Hospital Penawar, berkata saman itu difailkan kerana plaintif mendakwa pembukaan Hospital Pakar Pasir Gudang Sdn Bhd melanggar perjanjian usaha sama yang ditandatangani pada 30 Mei 1995.

Beliau berkata antara lain, perjanjian itu menyebut kedua-dua pihak, termasuk KPJ yang memegang saham 30 peratus dalam Hospital Penawar, bertanggungjawab mengembleng sumber serta kepakaran untuk manfaat bersama dan juga perniagaan hospital tersebut.

"Sehubungan itu, Dr Adnan dan Azizan menuntut ganti rugi sebanyak RM115.6 juta daripada KPJ sebagai ganti rugi kerana melanggar perjanjian itu, atau secara alternatif, KPJ diarahkan oleh mahkamah untuk membeli saham plaintif di dalam Hospital Penawar," katanya kepada Bernama Jumaat.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel