English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

June 28, 2012 18:38 PM

Dakwaan Rektor Pecah Amanah Dirujuk Kepada Pengurusan KUIN

ALOR SETAR, 28 Jun (Bernama) -- Polis mengarahkan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menyelesaikan sendiri kes dakwaan pecah amanah membabitkan Rektor kolej universiti itu, Prof Datuk Dr Jamil Osman.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Adzaman Mohd Jan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes 'Refer to Agency (ROA)' dan polis merujuk kembali kes berkenaan kepada Kuin.

"Jadi kes ini perlu diselesaikan oleh jabatan yang terlibat dengan segera," kata beliau ketika mengulas tindakan petugas Kuin yang membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini semalam kerana mendakwa berlaku pecah amanah di kolej universiti itu.

Difahamkan, petugas terbabit yang berkhidmat antara empat dan 15 tahun berbuat demikian kerana mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.

Akibat tindakan itu, ada antara petugas Kuin yang dikenakan tindakan termasuk menerima surat bagi tindakan mahkamah, kenderaan ditarik balik oleh bank dan penamatan polisi insurans oleh syarikat insurans.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel