English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

June 19, 2012 15:50 PM

Kerajaan Johor Lulus Kawasan Seluas 1,200 Hektar Untuk TKPM

JOHOR BAHARU, 19 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor meluluskan kawasan seluas 1,200 hektar di tiga daerah di negeri ini bagi tujuan pembukaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Aziz Kaprawi berkata sehingga kini Jabatan Pertanian menerima 794 permohonan dan 588 peserta menghadiri temu duga untuk menyertai program itu.

"Sebanyak 588 peserta terdiri daripada individu, koperasi dan syarikat menghadiri temu duga, namun daripada jumlah itu, hanya 126 peserta yang layak memulakan tanaman mereka pada hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kali ke-12 di sini Selasa ketika menjawab soalan Cheong Chin Liang (BN-Bukit Batu) yang mahukan penjelasan berhubung TKPM dan Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) di negeri Johor sehingga Mei lepas.

Aziz berkata TKPM diwujudkan kerajaan bertujuan mengatasi kekurangan bekalan makanan khususnya pengeluaran seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan serta rempah.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel