|
|
Berita Tengah
Selangor Patut Tumpu Usaha Pastikan Bekalan Air Mencukupi - Mohd Zin
SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha memastikan bekalan air di negeri itu sentiasa mencukupi daripada penstrukturan semula industri air, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Katanya walaupun berlakunya penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada persatuan pemandu teksi di Selangor mengenai program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemandu teksi seluruh negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Jun ini.
Mohd Zin berkata sehingga kini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.
"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.
-- BERNAMA
|
|
|
|