English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

June 13, 2012 14:33 PM

50 Peratus Anggota Belia 4B Terengganu Tidak Sertai Mana-mana Parti Politik

KUALA TERENGGANU, 13 Jun (Bernama) -- Kira-kira 50 peratus daripada 10,000 anggota Gerakan Belia 4B di seluruh Terengganu setakat ini tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik.

Timbalan Pengerusinya, Mohd Iskandar Jaafar berkata pihaknya kini giat mengadakan pelbagai program turun padang untuk memberi penerangan kepada belia mengenai pengaruh mereka terhadap politik Malaysia.

"Walaupun tidak menyertai mana-mana parti politik, ini tidak bermaksud belia tidak mengikuti perkembangan politik semasa, cuma pendekatan lain perlulah diambil supaya mereka turut terlibat sama dalam arus politik perdana.

"Gerakan Belia 4B Terengganu juga turut menggunakan media baru siber termasuk facebook, twitter dan blog untuk memberi penerangan kepada mereka betapa pentingnya menyokong kerajaan yang memerintah pada hari ini," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Sehingga kini terdapat lebih 90,000 belia dan 30 persatuan belia di seluruh Terengganu. Daripada jumlah itu, 10,000 menjadi anggota Gerakan Belia 4B Terengganu.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel