English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

June 01, 2012 20:12 PM

Polis Tahan Lelaki Warga Pakistan Terlibat 51 Kes Tipu

GEORGE TOWN, 1 Jun (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 36 tahun, dipercayai dalang sindiket yang terlibat dalam 51 kes penipuan melibatkan kerugian hampir RM500,000 di beberapa negeri di Semenanjung, sejak pertengahan tahun lepas.

Sebanyak 12 kes dilaporkan di negeri ini manakala 11 kes di Perak, Kuala Lumpur (14 kes) dan selebihnya di Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abd Rahim Jaafar berkata hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri dan JSJK Daerah Seberang Perai Utara, polis berjaya menjejaki lelaki terbabit dan menahannya di sebuah bank di Butterworth pada Rabu lepas.

"Ketika ditahan, suspek sedang mengeluarkan wang melalui mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan wang berkenaan dipercayai baru dimasukkan oleh mangsa terbarunya," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Polis telah menahan lima anggota sindiket tersebut terdiri daripada warga tempatan dalam tangkapan berasingan awal bulan lepas.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel