English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

May 29, 2012 13:12 PM

Pesta Buku Negeri Sembilan 2012 Di Seremban Pada 5-10 Jun

SEREMBAN, 29 Mei (Bernama) -- Pesta Buku Negeri Sembilan 2012 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dengan kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan akan berlangsung selama lima hari mulai 5 Jun ini di Pusat Beli Belah Aeon, Seremban 2, di sini.

Pengarah PPANS Jamilah Katis berkata pelbagai jenis buku akan dijual pada harga istimewa, selain aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung sepanjang pesta itu berlangsung.

"Pengunjung turut berpeluang menemui beberapa penulis terkenal tanah air seperti Ain Maisarah dan Fauziah Ashari. Tema pesta buku kali ini ialah Bangsa Membaca, 1Malaysia Berjaya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata acara cabutan bertuah turut diadakan membabitkan hadiah mega seperti Ipad yang akan diumum pada hari terakhir pesta itu.

Penganjuran pesta buku setiap tahun adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat, katanya.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel