English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

May 28, 2012 21:20 PM

Salleh, Ongkili Mempunyai Pendapat Relevan Mengenai Dokumen 20 Perkara - Musa

TENOM, 28 Mei (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mempunyai pendapat relevan mengenai perjanjian 20 Perkara berkaitan dengan pembentukan Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

"Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bangunan Pentadbiran Pusat Latihan Belia OISCA-KPD di Lagud Sebrang dekat sini Isnin.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri diminta mengulas kenyataan Ongkili dan Salleh mengenai perkara itu.

Ketua Menteri berkata daripada mempersoalkan "siapa yang salah dan siapa yang betul", adalah lebih penting untuk rakyat kekal bersatu dan bekerjasama supaya negeri terus maju dan makmur.

Semalam, Ongkili berkata kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel