English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Sabah
Ketua Menteri Sabah

Berita Sabah

May 27, 2012 18:57 PM

Semangat Dokumen 20 Perkara Sah Hingga Bila-bila, Kata Ongkili

KOTA MARUDU, 27 Mei (Bernama) -- Kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Anggota Parlimen Kota Marudu itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.

Bagaimanapun, apa yang rasmi mengenainya ialah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan," kata beliau pada majlis sambutan Pesta Kaamatan di Kampung Timbang Batu, dekat sini.

Timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata parti itu akan terus berjuang untuk mengekalkan mana-mana perkara yang masih ada dan untuk mengukuhkan kedudukanya yang sah.

"Kami berdiri teguh bersama rakyat Sabah untuk mempastikan kerajaan persekutuan menghormati perkara berkenaan. Pihak yang memperjuangkan 20 Perkara ini ialah parti dalam Barisan Nasional (BN), terutama Parti Bersatu sabah (PBS).

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel