English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

May 22, 2012 00:43 AM

DYMM Raja Zarith Sofiah Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Perak

IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mendahului senarai 867 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat kehormatan sempena sambutan ulang tahun ke-84 Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Raja Zarith Sofiah akan menerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria menjadi penerima tunggal Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima anugerah SPMP ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Che Zolkples Embong, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Presiden Persatuan Hoki Thailand dan naib presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) Chaiyapak Siriwat, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Sultan Perak, Datuk Samsul Baharin Hassan, pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh Choo Kheng, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Tiga penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman, Datuk Mohamed Fuzi Harun.

Penerima tunggal Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk ialah Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.

Seramai 48 dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Ketua Pengarah Penerangan Ibrahim Abdul Rahman; Abdul Razak Dahan; Bendahari Kehormat Yayasan Hoki Malaysia Chew Weng Kit; Pengarah Urusan Spritzer Bhd, Lim Kok Boon; Lim Sew Seang; wakil Persatuan Bulan Sabit Merah cawangan Perak, Md Adnan Md Hashim; Perunding Kardiotorasik dan Pakar Bedah Pemindahan Jantung dan Paru-paru Institut Jantung Negara (IJN), Dr Mohamed Ezani Md Taib; Peguam Muhammad Hafidz Nuruddin; Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr Noraini Idris dan Perunding Kardiologi dan Fisiologi Elektro IJN Datuk Dr Razali Omar.

Setiausaha Bahagian (Darat) Kementerian Pengangkutan Rohaini Mohd Yusof; Setiausaha Bahagian Kewangan dan Akaun, Kementerian Luar Roslan Abdul Rahman; Azlan Zulkifli Alyman Zulkifli; Ketua Unit Surgeri Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya Dr Cheng Har Yip; Leong Fee Yee; Toh Muda Orang Kaya-kaya Laksamana Raja Mahkota Meor Redwan Mahayudin; Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid; Datuk Rohana Mahmood; Toh Setia Bijaya (16) Orang Besar Jajahan Hulu Perak Lt Kol (B) Shaharudin Nazari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama Harun Rawi; Setiausaha MCA Perak Hing Thian Kiak; Pegawai Daerah Kampar Ismail Hassan; Pengerusi Megah Transport Sdn Bhd Lee Aik Kheow; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohamed Sharil Tarmizi; Setiusaha Politik Menteri Pelajaran Mohd Nardin Awang; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Mohd Yusop Husin; Pengarah Jabatan Audit Perak Datin Seri Shamsiah Daud; Ketua Wanita Umno Teluk Intan Zainun Mansur; Pengarah Kumpulan Syarikat Morubina Ting Sing Yiew; Pakar Perunding Perubatan/Rheumatologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Wahinuddin Sulaiman.

Mereka yang turut menerima DPMP ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Zamri Man; Ketua Pengarah Kumpulan Yapeim Abdul Malek Awang Kechil; Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Badaruddin Mahyudin; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak Chong Phaik Kee; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan Ibrahim Ahmad; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Perak Nooraziah Abdul Manaf; Pengarah Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan Rahim Abu Bakar; Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Roslan Ariffin; Duta Besar di Crotia Zagreb Yean Yoke Heng.

Penerima lain Zuraidah Arshad; Pengerusi Eksekutif QI Group of Companies Datuk Vijay Eswaran Vijaratnam; Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan 1Malaysia Development Bhd Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman; Pengarah Quest International University Perak Dr R. Subramaniam; Ketua Bahagian MIC Tapah Dr M. Malasingam; bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik Ibrahim Katop; Pengerusi Tetap Umno bahagian Beruas Ahmad @ Mahir Afandi Harun; Gan Chin @ Gan Seong Chin.

Tujuh penerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, Pengarah Tenaga Kerja Markas Angkatan Tentera Malaysia Brig Jen Md Sani Ahmad, Timbalan Ketua Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Filipina Laksamana Pertama Mohamad Adib Abdul Samad, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan, Brig Jen Redzuan Baharuddin dari Markas Angkatan Darat ATM, Laksamana Pertama Sulaiman Mohamad dari Markas Tentera Laut dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Zulkifli Hassan.

Sultan Azlan Shah menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 13 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 70 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 16 penerima, Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 203 penerima.

Seramai 289 orang dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 196 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 11 penerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri akan turut diadakan pada 26 Mei dan 9 Jun.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel