English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

May 17, 2012 21:28 PM

Kerajaan Melaka Sumbang RM30,000 Atas Kejayaan Skuad Hoki Remaja

MELAKA, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan Melaka memberi sumbangan RM30,000 sebagai penghargaan atas kejayaan skuad hoki remaja negara melakar sejarah apabila muncul juara Kejohanan Piala Remaja Asia Ketujuh di sini Ahad lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sumbangan itu akan disampaikan kepada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk diagihkan kepada pemain.

"Ini sebagai penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam menaikkan imej serta martabat hoki negara sebagai skuad yang terbaik di persada Asia," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata satu majlis penghargaan akan diadakan di sini bagi meraikan pemain serta pegawai yang terlibat dengan kejayaan itu.

Malaysia muncul juara buat julung kali selepas menewaskan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir.

Skuad bimbingan Dhamaraj Abdullah itu berjaya memadam kekecewaan pada aksi final edisi 1992 di Ipoh, Perak, apabila tewas 0-3 kepada Pakistan.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel