English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Johor
Kerajaan Negeri Melaka

Berita Selatan

May 16, 2012 18:59 PM

Kembara Mahkota Johor 2012 Berakhir Selepas Rentasi 10 Daerah

JOHOR BAHARU, 16 Mei (Bernama) -- Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 sejauh 1,012 kilometer berakhir Rabu dengan upacara penutupan penuh warna-warni di Plaza Angsana di sini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang mengetuai kembara empat hari bermula Ahad lepas dengan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide, disambut meriah oleh masyarakat pelbagai kaum sebaik sahaja rombongan baginda tiba pada kira-kira 2 petang.

Baginda yang turut diiringi Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar dan anakanda lain, menamatkan kembara itu selepas merentasi 10 daerah di negeri ini, bermula dari daerah Kulaijaya.

Rombongan Sultan Ibrahim disajikan pelbagai persembahan kebudayaan serta nyanyian dan turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Obet Tawil, barisan exco kerajaan negeri serta ketua jabatan kerajaan.

Terdahulu, Sultan Ibrahim mencemar duli dengan memancing di kawasan parit menggunakan joran buluh semasa rombongan baginda singgah di Dataran Kampung Puteri Menangis, dekat Pontian.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel