English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

May 16, 2012 18:04 PM

Projek Sulihh Tergendala Kerana Pemaju Ada Masalah Teknikal Dan Kewangan - Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) di Yan masih tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Katanya kerajaan negeri juga belum menarik balik tawaran yang diberi kepada Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh)itu sekalipun tempoh yang diberi bagi mereka melaksanakannya telah berakhir pada hujung 2010.

"Sekarang kita tunggu...kalau (Merapoh) datang balik, kita buat balik (projek SULIHH) dan kalau ada mana-mana syarikat yang ada duit berminat (untuk melabur) silakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini.

Bagaimanapun kata Azizan, syarikat terbabit harus mendapatkan kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara terlebih dahulu memandangkan projek tersebut telah diluluskan kepada Merapoh sebelum ini.

Azizan diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang pada sidang media sebelum itu menggesa kerajaan negeri menjelaskan status projek SULIHH bernilai RM36 bilion yang masih tidak berjalan, sekalipun perjanjian telah ditandatangani kerajaan negeri dengan Merapoh dan Hijaz Refinery Sdn Bhd pada Disember 2009.

-- BERNAMA







.

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel