English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

May 09, 2012 20:35 PM

Rakyat Perlu Kekalkan Keamanan - Rosmah

TANAH MERAH, 9 Mei (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta rakyat membantu mengekalkan keamanan negara supaya kerajaan dapat memberi tumpuan kepada aspek membangunkan negara untuk kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar terus memperkukuhkan perpaduan.

"Tuan-tuan dan puan-puan, kalau ada orang ajak anak-anak kita pergi demonstrasi di Kuala Lumpur, tolonglah jangan beri.

"Kalau negara kita dalam keadaan huru-hara, pelabur pun tak nak datang, pelancong pun tak nak datang, apabila negara tidak ada pendapatan, ini akan merugikan kita," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Rakyat Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) di sini.

Rosmah dalam pada itu berkata rakyat Kelantan perlu memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel