English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

May 03, 2012 15:43 PM

Kenderaan Hibrid, Elektrik Diunjur Sumbang 10 Peratus Dagangan Industri Pada 2020

PETALING JAYA, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan yakin segmen kenderaan hibrid dan elektrik akan menyumbang 10 peratus kepada jumlah dagangan industri (TIV) pada 2020, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata di Malaysia, segmen berkenaan berkembang setiap tahun, walaupun secara relatif masih perlahan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain di dunia.

Dengan hanya kira-kira 8,000 kereta hibrid dan 21 kereta elektrik di jalan raya pada masa ini, beliau berkata terdapat ruang yang besar untuk pertumbuhan dan peningkatan bagi bahagian pasaran Malaysia dalam segmen auto khusus.

"Di peringkat global, terdapat kira-kira 80,000 kenderaan elektrik dan tiga bilion kenderaan hibrid. Di Malaysia, bilangan sangat kecil.

"Tetapi kita yakin bahawa menjelang 2020, segmen ini akan menjadi besar. Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam pembangunan yang menggalakkan dalam kenderaan elektrik dan hibrid di seluruh dunia," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan program perintis 'Nissan LEAF' di sini Khamis.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel