English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

April 24, 2012 20:34 PM

Terengganu Rancang Bina 10,000 Rumah Mampu Milik, Kos Rendah Menjelang 2013

KUALA TERENGGANU, 24 April (Bernama) -- Lima projek perumahan mampu milik melibatakan 678 unit rumah yang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu berjaya disiapkan sejak tahun 2008 hingga tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sepanjang tempoh itu juga tiga projek perumahan kos rendah dengan 523 unit rumah berjaya disiapkan menjadikan keseluruhan 1,201 rumah disiapkan menerusi kedua-dua projek berkenaan.

Ahmad berkata kerajaan negeri bercadang membina kira-kira 10,000 unit rumah mampu milik dan rumah kos rendah dalam tempoh lima tahun bermula 2008 hingga 2013. Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dikemukakan wakil pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedua Belas yang bermula semalam.

"Ia melibatkan 43 projek dan kos lebih RM700 juta dengan pecahan mengikut daerah ialah 1,451 unit sedang dibina di Kemaman dan projek baru sebanyak 500 unit akan dimulakan tahun depan.

"Di daerah Kuala Terengganu, sebanyak 2,374 unit dibina kerajaan negeri, jumlah itu tidak termasuk 1,002 unit yang dibina kerajaan pusat di Padang Hiliran di sini, manakala untuk daerah Besut (1,245 unit), Setiu (133 unit), Marang (383 unit), Dungun (1,133 unit) dan Hulu Terengganu (626 unit)," katanya.





-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel