English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

April 24, 2012 19:56 PM

Muhyiddin Mahu Umat Islam Bersatu, Hindarkan Perpecahan

TUMPAT, 24 April (Bernama) -- Masyarakat Islam di negara ini perlu memberi tumpuan kepada perpaduan ummah dengan menghindarkan daripada perbuatan yang membawa kepada perpecahan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata walaupun wujud pandangan politik yang berbeza tetapi dalam soal agama dan penyatuan ummah perlu diutamakan oleh seluruh masyarakat Islam.

"Peranan tok guru di pondok-pondok amat kita hargai kerana ia penting untuk menyebarluaskan pendidikan agama Islam yang memang menentukan soal perpaduan, yang menentukan hubungan baik dan menentukan pembangunan masa depan umat Islam di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Minda Pondok di Pondok Al Najmiah, Kampung Tebing, Pengkalan Kubor dekat sini.

Turut hadir Pengasas Pondok Al Najmiah Abdullah Saamah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan pusat memang sentiasa memberikan keutamaan kepada soal pembangunan umat Islam dengan merangka pelbagai program untuk melihat umat Islam terus maju dan tidak dibelenggu dengan masalah kemiskinan dan masalah masyarakat yang lain.

"Saya bersetuju dengan apa yang tok guru sebutkan tadi, menerusi pendidikan Islam kita menyedarkan supaya pemimpin dan masyarakat dalam negara ini untuk memberi tumpuan utama menjadikan Malaysia sebuah negara maju, makmur dan rakyat hidup bersatu padu dan jangan sekali-kali ada perbalahan antara semasa kita," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata kerajaan pusat akan membantu mencari tapak baru untuk Pondok Al Najmiah dengan pelbagai kemudahan yang akan memberi keselesaan kepada pelajar.

"Kita nak keadaan pondok yang lebih selamat, saya rasa agak dukacita di mana saya baca berita dalam surat khabar kadang-kadang berlaku kemalangan, ada terbakar hingga menjejaskan anak-anak yang belajar di pondok-pondok, jadi saya tidak mahu melihat keadaan ini berlaku di sini, untuk menjamin keadaan yang lebih baik dan sejahtera, kerajaan pusat sanggup membantu untuk memperbaiki keadaan di pondok ini," katanya.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin mengumumkan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM100,000 kepada setiap lima buah pondok di Kelantan, bagi membaik pulih pondok masing-masing.

-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel