|
|
Berita Utara
Raja Muda Perlis Terima Menghadap Konsul Jeneral Jepun
KANGAR, 16 Ogos (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Khamis berkenan menerima menghadap Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Tetsuro Kai dan isterinya Miyako Sai di Istana Arau.
Majlis menghadap itu adalah sempena perpisahan konsul jeneral itu yang akan tamat tempoh perkhidmatannya di negara ini tidak lama lagi.
Tetsuro telah berkhidmat di Malaysia selama dua tahun enam bulan dan akan pulang ke Tokyo tidak lama lagi.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila tarikh akhir perkhidmatannya di negara ini dan bila pegawai itu akan kembali ke Jepun.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
-- BERNAMA
|
|
|
|