English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

August 06, 2012 16:37 PM

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas 1,213.55 Gram Heroin

ALOR SETAR, 6 Ogos (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dan merampas 1,213.55 gram dadah jenis heroin bernilai RM27,000 hingga RM45,000 dalam serbuan di sebuah bilik motel di Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata suspek berusia 19 hingga 35 tahun itu ditahan ketika sedang leka membungkus dadah dipercayai untuk diedarkan di sekitar Kuala Kedah dan bandaraya ini di dalam bilik motel berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

"Polis menemui 386 peket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi bahan disyaki heroin, empat plastik lutsinar besar di mana setiap satu bungkusan dalamnya berisi 50 peket pelbagai saiz bahan disyaki heroin.

"Antara barang lain yang dirampas ialah wang tunai RM2,000, sebuah kereta Proton Satria, empat telefon bimbit, satu alat sealer dan penimbang elektronik," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Katanya, suspek yang berusia 35 tahun mempunyai 11 rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah, dan mereka dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini sejak empat bulan lalu.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel