English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

June 11, 2012 19:02 PM

Polis Tumpas Dua Sindiket Judi Euro 2012, Tahan Lapan Orang Di P.Pinang

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Tiga hari selepas bermulanya Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro 2012), polis percaya dapat menumpaskan dua sindiket pertaruhan haram berikutan penahanan lapan lelaki di Pulau Pinang semalam.

Dengan menggunakan alamat laman web, yang kononnya berpangkalan di Kemboja, Filipina dan Vietnam, kedua-dua sindiket itu sebenarnya beroperasi di George Town dan Bukit Mertajam di negeri itu dan didalangi rakyat tempatan berusia antara 26 dan 75 tahun.

Mereka dipercayai mengaut keuntungan berlipat ganda dengan setiap pertaruhan mencecah RM200,000.

Dalam serbuan itu, polis merampas beberapa set telefon bimbit, komputer riba, jadual perlawanan dan resit pertaruhan selain sejumlah wang tunai dipercayai hasil pertaruhan sindiket berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, yang mengesahkan tangkapan itu pada sidang berita di Bukit Aman di sini Isnin, berkata polis sedang menyiasat perkara itu dan percaya lebih banyak tangkapan akan dibuat.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel