English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Perlis
Kerajaan Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Perak

Berita Utara

May 25, 2012 21:17 PM

Dua Jaringan Faizal Bantu Malaysia Seri 3-3 Dengan Great Britain

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Dua jaringan oleh Faizal Saari pada tempoh lima minit sebelum tamat perlawanan telah membantu Malaysia seri 3-3 dengan Great Britain pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di sini, malam Jumaat.

Faizal berjaya mencuri ruang untuk menyumbat dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke-67 dan 68, untuk membantu pasukan tuan rumah mengekalkan rekod tanpa kalah dengan dua perlawanan seri setakat ini.

Great Britain, tuan rumah Sukan Olimpik 2012, memulakan aksi kejohanan dengan jaringan seawal minit kelima menerusi Glenn Kirkham selepas berlaku pergelutan di hadapan pintu gol Malaysia.

Bagaimanapun, dengan sokongan padu 3,000 penonton tempatan, Malaysia bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi gerakan pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Azlan Misron pada minit ke-10.

Great Britain menggandakan asakan sehingga memaksa benteng pertahanan negara kucar-kacir sebelum berjaya menjaringkan gol menerusi Ashley Jackson pada minit ke-20 dan dikuti Rob Moore, lima minit kemudian.

Great Britain mendahului 3-1 sehingga tamat babak pertama.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel