English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

July 03, 2012 19:00 PM

KPT Tidak Audit Laporan Kewangan Semua Universiti - Khaled Nordin

KUALA SELANGOR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak melakukan proses audit laporan kewangan semua universiti di negara ini kerana ia di luar bidang kuasa kementerian itu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata KPT hanya melakukan audit terhadap perkara berkaitan akademik seperti tawaran program dan kelayakan tenaga pengajar mengikut Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Setara) yang dilakukan dua tahun sekali sejak 2007.

"Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), biasanya ia diaudit syarikat yang menubuhkan universiti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Optometri bergerak Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Puncak Alam di sini, Selasa.

Mohamed Khaled diminta mengulas mengenai laporan kewangan universiti milik kerajaan Selangor, Universiti Selangor (Unisel) yang didakwa tidak diaudit serta menanggung kerugian.

Mengulas lanjut, beliau berkata KPT juga tidak mempunyai kuasa menghalang ahli politik daripada menyandang jawatan sebagai Anggota Lembaga Pengarah sesebuah universiti.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel