English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Perbadanan Putrajaya

Berita Tengah

June 19, 2012 16:50 PM

Sindiket Ubah Kandungan Dadah Untuk Elak Hukuman Gantung

PETALING JAYA, 19 Jun (Bernama) -- Jabatan Kimia menemui bahan baru yang digunakan sindiket dadah dalam penghasilan pil Eramin 5 bagi mengaburi mata pembeli dan pihak berkuasa untuk mengelakkan mereka daripada dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kimia Malaysia, Chang Hon Fong (he) berkata penemuan terbaru itu dikesan dalam kajian pil Eramin 5 yang dirampas polis di sebuah makmal pembuatan dadah haram itu di Klang, Selangor pada Mei lepas.

"Pada kebiasaannya Eramin 5, iaitu dadah sintetik, mengandungi Nimetazepam. Ia sejenis dadah berbahaya yang diubahsuai untuk dijadikan sebagai penghilang rasa tekanan oleh pengamalnya.

"Namun begitu, bagi kes terbaru di Klang, hasil pemeriksaan kita mendapati penghasilan Eramin 5 oleh makmal haram tersebut menggunakan Phenazepam, sejenis bahan yang diklasifikasikan di bawah Akta Racun 1952, yang hanya dikenakan hukuman denda saja," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Hari Terbuka Kimia 2012 di sini, Selasa.

Pada 16 Mei lepas, polis menyerbu stor simpanan utama sindiket dadah di sebuah rumah di Kapar, Klang dan menahan seorang lelaki serta merampas 736,330 biji pil Eramin 5, bernilai RM14.9 juta.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel