English Version

Utara Selatan Timur Tengah Sabah & Sarawak
| Kembali ke Bernama.com | Peta Laman | Maklum Balas | Hubungi Kami |
Menu Utama
Laman Utama
Senarai Berita
Arkib Berita
Pautan
Lain-lain Pautan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Pahang

Berita Timur

July 04, 2012 15:58 PM

Aktiviti Sukan Lasak Di Pergunungan Terengganu Diperhebat

DUNGUN, 4 Julai (Bernama) -- Aktiviti sukan lasak dan ekstrem seperti Terengganu Mount Berembun Green Challenge akan terus diberi tumpuan tahun depan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata acara sukan lasak seperti pendakian gunung itu ternyata mendapat sambutan yang hebat pengunjung dari dalam dan luar negara.

"Terengganu yang kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti di Gunung Berembun dan Gunung Tebu di Besut akan terus diterokai supaya mampu menjadi lokasi pendakian terkenal di negara ini.

"Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Persatuan Kembara Negara (PKN) untuk menaikkan imej pelancongan negeri ini menerusi aktiviti sukan lasak," katanya ketika merasmikan kejohanan itu di Hutan Lipur Chemerong di sini.

Kejohanan anjuran PKN dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu mendapat penyertaan 328 orang. Dua puluh lima orang ialah peserta dari Kenya, United Kingdom, Singapura dan Thailand.



-- BERNAMA

 

©2013 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel